Pages

Followers

Sudah sekian lama.

       Bagi aku sudah sekian lama blog ini bertapak di dunia maya ini, sejak dari tahun 2009 hinggalah sekarang, sedang saudara mara blog aku yang lain sudah lama dihentikan dan dipadamkan. Tapi blog ini masih lagi kukuh setia pada server google, mohon dapat dimanfaatkan. Bermula pertapakkan blog ini seingat aku semasa aku mulai cenderung dengan pembikinan blog, mungkin pengaruh abang aku. Blog yang aku bikin ini mulanya namanya berbeza-beza sampailah nama sekarang nampak tetap sedikit. Masih ingat lagi aku, saat aku buat blog ini, aku lepak di cyber cafe. Mencari dan mencari. Tapi maaflah, kebanyakkan artikel hanya copy-paste dan bukan hasil kerja aku. Blog ini juga punya kisah pahit manis aku. Teringat suatu ketika, aku kesempitan wang sampai aku terpaksa meletakkan nota kecil dibawah tajuk blog untuk memohon sedikit sumbangan dari pelawat. Aku bukanlah berharap cuma itu salah satu usaha aku, walaupun kadang-kadang nampak seperti pengemis. Tapi nota kecil itu tidak lama, bila satu komen dari pelawat merenjut caraku ini, meneguri aku, seolah aku menjual agama, kelihatan aku sedikit marah, tapi tidak mengapa, aku ajak berbicara, aku selitkan email aku bagi dia menghubungi, sampai sekarang belum dihubungi, aku cuba menghubungi, tidak dapat. Tak mengapalah, biarkan ia hanya sebagai kenangan. Dan blog ini hanyalah kenangan.