Pages

Followers

ijtihad sudah mati.. (Komen isu video Benz Ali)

Oleh: Ibn Rijal

ijtihad telah mati.. adakah tuhan berikan akal hanya untuk memikirkan masalah2 yg berkisar tentang hari ni nak makan apa, macamana nak jawab assignment, 1+2 berapa, dan itu saja? bila datang kepada persoalan lebih dasar dan besar, kita menafikan kreadibiliti akal? saya masih mencari dalil2 naqli yg menolak akli secara total. namun mungkin belum berjumpa. apa yg saya temui adalah bidasan-bidasan kepada golongan yg menggunakan zanni dalam berhukum. saya juga masih cuba untuk faham kehendak massa yang menyama ertikan hukum akal dngan zanni. sangkaan dngan akal. samakah?
ketiga, mengapa kita meletak 1 watak kepada Allah yg menunjukkan seolah-olah Allah itu "maha no Compromy"..? bukankah Allah bersifat luas? maka mengapa kita tidak keluar sebentar dari tempurung-tempurung ortodoks, dan cuba menilai semua ini dengan hikmah? saya teringat kata-kata ustaz wanji.. mengapa kita menolak akal, sedangkan nak baca quran pun kena guna akal? -saya sangat setuju-
kita berada pada 1 dimensi kefahaman agama yang berada pada satu peringkat yang sangat rigid! kerana menolak akal lah, hari ini islam jauh terkebelakang berbanding kristian. saya suka memberi contoh-contoh kristian kerana track record sejarah jatuh bngun kita begitu banyak persamaan.. ketika zaman dark ages, agamawan kristian yg menentukan apa dan bgaimana itu kristian. dan ketika itu kristian sangat merosot berbanding islam yg jauh terkedepan kerana tidak mensia-siakan akal.. namun bangkit Marthin luther dan beberapa idealist lain dalam memperjuangkan kefahaman Kristian yang lebih luas dan mutakhir.
John Wycliffe ketika itu mempersoalkan, kenapa agama kristian hanya ‘dipunyai’ oleh golongan gereja? Dan kenapa hanya para paderi berhak bercakap dan berfikir untuk agama kristian? Dari pemikiran dan pertikaian itu, Wycliffe lahir dengan terjemahan bible dari bahasa latin kepada bahasa Inggeris, yang pertama dalam dunia kristian! Menurut beliau, selama ini, bible hanya terdapat dalam bahasa latin, maka para penganut yang buta latin, hanya ‘dipaksa’ akur dengan tiap keterangan bible yang ditafsir dan disampaikan oleh para paderi. Taklid buta ini ditentang bersungguh-sungguh oleh beliau dan mendapat sokongan hebat seorang lagi ‘mujadddid’ kristian, Jan Hus. Namun, malangnya, Jan Hus dibakar hidup-hidup kerana kelantangannya menyuarakan pendapat dan pemikiran.
Adakah kita mahu mengulang sejarah ortodok dan kejumudan kristian dulu? Sedangkan hasil dari usaha protes dan aliran pemikiran generasi reformist ini, sekarang kita sendiri dapat melihat betapa agama kristian jauh meninggalkan kita, sedangkan pemilik kebenaran ada pada agama islam.
Masalah terbesar dengan minda muslim dunia melayu kita khususnya, adalah kita mempunyai krisis ketaksuban tanpa pemikiran. Ini semua adalah hasil daripada doktrin ketidakperluan akal dalam beragama. Ironinya, kenapa bila kita marahkan seseorang, kita pasti akan berkata, “akal mana?” , “pakailah akal sikit! ”. kenapa bila saat memerlukan, maka kita akan sibuk mencarinya, bila tidak, kita mendiskriminasi akal, sedangkan ciptaan terhebat ALLAH kepada manusia, adalah Akal. Dan kerana Akal itu yang melebihkan kita dari semua makhluk lain.
Ya.. sememangnya persoalan berkenaan zat tuhan tak dapat difikir dengan logik akal. Itu pasti! Tapi, bagaimana dengan persoalan-persoalan seperti, siapa yang mati kafir akan ke neraka, siapa yang begitu kritikal memikir hakikat sistem ketuhanan, akan menjadi murtad dan munafik? Adakah begitu cara kita berhujjah?
“eh.. jangan fikir lebih-lebih, nanti boleh murtad!” hujjah begini mungkin boleh kita letakkan pada sosok-sosok yang buka mata saja terus menjadi islam dan hidup disekeliling islamis dan persekitaran ulama dan abid. Tapi adakah hujjah yang serupa akan kita lemparkan kepada individu yang belum menerima islam, atau masih kurang jelas tentang hakikat semua ini? Analoginya, seperti orang yang mahu menbeli kereta, dan bila dia bertanya banyak tentang kereta itu, kita berkata, usah bertanya banyak, nanti awak akan accident! Sedangkan bukankah dia bertanya untuk lebih yakin, dan selamat pemanduannya sesudah membelinya nanti?
Bentangkan kepada saya, bagaimana begitu mudah kita mendakwa seorang itu munafik? Persoalan munafik dan kafir ini bukan persoalan kecil. Malah, para sahabat rasulullah s.a.w sendiri pun takut kalau-kalau mereka yang sudah cukup bertaqwa itu menjadi munafik. Dalam riwayat, hanya Huzaifah bin yaman yang tahu siapa itu munafik dan siapa itu bukan, itu adalah anugerah ALLAH kepadanya. maka, saidina Umar sendiri pernah bertanya kepada Huzaifah, “adakah aku ini munafik atau tidak?’ lihat! Sahabat yang agung pun masih memikirkan tentang status dirinya, sedangkan kita hari ini sibuk memikirkan status orang lain.
Ahh..!! mereka mempertikai islam!
hei islamis! Bukalah kitab sejarah dan sirah. Ketika fathu mekkah, bila mana nabi s.a.w sampai ke kaabah, meminta kunci pintu kaabah dari uthman bin talhah. Uthman lari keatas kaabah, dan menjerit, “kalau aku percaya kau nabi, dah lama aku bagi kunci ni!” ketika itu Ali terus memanjat kaabah dan mendebik uthman, dan merampas kunci itu lalu memberikan kepada nabi. Nabi masuk kedalam kaabah, lalu turunlah wahyu, 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”
(An Nisa’, 58) 
(saya pun guna dalil naqli la..)
Sejurus turunnya wahyu didalam kaabah ini, nabi keluar, dan menyuruh Ali memulangkan kunci kepada uthman bin Talhah, dan nabi menyuruh ali meminta maaf kepada uthman! Dan dek kerana hikmahnya islam itu, uthman memeluk islam. dan anak cucunya sampai ke hari ini, yang memegang kunci kaabah.
Tapi ‘orang tu’ munafik!
"tapi dia tu munafik!"
Ok find.. kalau benarlah kita ini semua adalah huzaifah bin yaman yang boleh kasyaf siapa itu munafik, sekarang saya bertanya, sesudah sedar dia munafik, maka? Heboh di facebook? Di youtube! Share video editan? Begini caranya islamis menguruskan masalah pemikir? Sekali lagi hei islamis! Bukalah kitab sirah. Ketika mana nabi diawal era di madinah. Bapak munafik, Abdullah bin ubay bin salul selalu mempertikaikan nabi di belakang. Orang menyuruhnya berjumpa Rasulullah. Tetapi dia tidak mahu. Lalu orang bertemu rasulullah, mencadangkan rasulullah menziarahinya, maka Rasulullah PERGI! Seorang lelaki mulia, kekasih ALLAH, yang jauh lebih power islamisnya dari kita, pergi menziarahi si munafik itu! Bila tiba di perkarangan rumah abdullah bin Ubay bin salul itu, dia menjerit, jauhkan himar itu dariku, baunya busuk! (ketika itu rasulullah menunggang himar) para sahabat nabi menjadi marah, lalu membalas, “bahkan bau himar itu lebih wangi dari bau kamu!” seterusnya terjadi pergelutan, nabi kecewa dan pulang. Nah! Lihat, nabi yang mulia pun tahu, bagaimana mahu berhikmah dalam berdakwah.
Akhir sekali, saya ingin kembali kepada persoalan akal tadi. saudara, bukankah nabi Ibrahim itu khalilullah? Dan sepatutnya baginda tidak lagi perlu berfikir tentang takdir ALLAH, cukup dia beriman dan patuh seperti kebanyakkan islamis melayu hari ini. Tapi kenapa.. 
“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku mahu mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincangla semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Baqarah, 260)
Mengapa baginda masih bertanya persoalan itu? Kerana baginda berfikir, bukan mempertikai! Dan bagaimana respon ALLAH? Adakah ALLAH berkata kepada nabi Ibrahim, “kau murtad! Kau munafik! Aku sudah jadikan kau rasul, masih lagi banyak bertanya,!”. tidak! ALLAH memberi keterangan agar fikiran dan keyakinan Ibrahim itu puas! Mengapa ALLAH melayan baik golongan pemikir, kita pula menuduh mereka ini munafik?
Sebagai kesimpulan, bacalah.. keluarlah dari tempurung kejumudan dan ikut ikutan. Imam ghazali yang hebat di masjid pun akhirnya berguru dengan si tukang kasut. Kenapa kita susah benar memahami sifir ini? Keluarlah.. keluarlah mencari dan meneroka. Islam itu telah sempurna, tapi pengetahuan dan kefahaman kita kepada islam masih belum cukup. Mungkin kita punyai lambakan ulama yang alim 4 mazhab, aqidah dan sebagainya, tapi hampir tidak ada, ulama yang berfikir secara kritikal tentang falsafah dan etika. Menurut Imanuel Kant, jangan kita terperangkap diantara apa itu knowledge, apa itu truth. Punca kepada masalah kita hari ini adalah, apa yang knowledge, kita mengaggapnya sebagai truth. Ini yang membuatkan kita cepat benar emosi dan mengkafirkan satu sama lain. Tak salah ustaz yang pandai syariah, belajar falsafah moral dari filosof dahulu
Kenapa Buya Hamka yang mengarang tafsir Quran, boleh membahaskan teori Freud dalam bukunya? Bacalah the road to mecca karangan muhammad Asad, seorang bekas yahudi yang menjadi pemikir ulung kepada islam. bacalah relligion vs relligion oleh dr. Ali Shariati, kita akan tahu dan lebih sedar diri, betapa jumud dan ortodok komuniti muslim hari ini. Kalau global dan akademia seputar dunia tidak penting, nabi tak suruh para sahabar belajar bahasa asing.. akhir kata, bacalah.. bacalah.. dan keluar dari kemujudan yang tak berkesudahan..
# teringat lagu, what you give, you get back.. #


No comments:

Post a Comment