Pages

Followers

PUSAT PENGAJIAN ISLAM BUKIT KUANG - Fasa 4




Tapak pembinaan Pusat Pengajian Islam Bukit Kuang


Bukit Kuang, Kemaman - Dewasa ini keruntuhan akhlak dan masalah sosial di kalangan remaja Islam semakin parah dan merunsingkan pelbagai pihak. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani permasalahan ini namun ianya menemui jalan buntu. Permasalahan ini tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan dan berlarutan kerana generasi muda adalah aset kepada negara dan Islam.

Atas kesedaran daripada permasalahan ini maka satu Pusat Pengajian Islam akan ditubuhkan di kampung Bukit Kuang Kemaman. Tujuan pembinaan pusat ini adalah bagi mengendalikan pendidikan untuk generasi baru khasnya dan masyarakat umum amnya.

Idea penubuhan Pusat Pengajian Islam ini adalah dicetuskan oleh Ybhg Ustaz Hazri Jusoh selaku Ketua JPRD Kijal (MTD Kijal) merangkap Naib YDP PAS Kemaman.

Anggaran kasar kos pembinaan Pusat Pengajian Islam Bukit Kuang ini adalah RM 200 ribu. Oleh itu pihak pengurusan memerlukan sumbangan dari orang ramai sama ada dalam bentuk tenaga kerja, kewangan atau pun bahan binaan.

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung terus dengan Ustaz Hazri di talian 019-9128900 atau dengan cara memasukkan sumbangan anda ke akaun Kafa Ar-Raudhah Trading & Services di Bank Islam Malaysia a/c no. 13026010037485 atau Hazri bin Jusoh Maybank a/c no. 164098439597. Semoga Ianya menjadi saham kita di akhirat kelak Insya-Allah.

Maksud hadis "Apabila mati seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya"

Wallahu A'lam. Fastabiqu bil khair.

Rahsia pelajar Israel bijak, mereka asing lelaki dan perempuan

Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.

Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel.

***********************

Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM

Study: Separate Classes Achieve Better Results

by Elad Benari
Follow Israel news on and .

A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.

In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.

“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.

According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”

Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said. “But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”

He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism. According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.

Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions.

http://www.israelnationalnews.com/News/news.aspx/140936

iblis dan jawatannya

Editor :SerikandiUmar_rosnza
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.
Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.
Firman Allah:
“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.Allah berfirman (Shaad:77-78):

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.
5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.
5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

dipettik dari blog Pondok Pasir Tumboh

Malu sebagai identiti Islam


Daripada Abi Mas’ud Uqabah bin ‘Amr al-Ansari al-Badri Ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah: jika engkau tidak malu berbuatlah sekehendak. (Riwayat Bukhari)

Mengamalkan Sifat Malu

Hadis di atas menjelaskan bahawa jika rasa malu telah hilang daripada dada seseorang, maka hilanglah tabiat-tabiat mulia dan sebahagian daripada akhlak Islam. Kerana sebahagian daripada sifat-sifat mulia diasaskan oleh rasa malu. Dengan itu malu membentuk keperibadian dan maruah seseorang.

Perlu kita ketahui bahawa malu itu ada dua macam:

Pertama: malu yang tumbuh sebagai pembawaan dan tabiat yang tidak melalui proses pembentukan. Ini merupakan satu daripada bentuk-bentuk akhlak yang paling mulia yang dikurniakan Allah kepada hamba dan yang dengan sengaja Dia ciptakan untuk hamba-Nya itu. Kerana itulah Rasulullah bersabda: Malu itu tidak akan wujud kecuali untuk kebaikan.

Malu dapat mencegah diri daripada perbuatan keji dan hina. Diriwayatkan daripada Umar RA yang berkata: Barang siapa yang malu maka ia akan menutupi diri, dan barang siapa yang menutupi diri maka ia telah menjaga diri, dan barang siapa menjaga diri maka ia mendapatkan perlindungan.

Sedangkan Al-Jarrah bin Abdulah Al-Hukmi, salah seorang pasukan berkuda dari Syam, mengatakan: Aku meninggalkan dosa-dosa itu empat puluh tahun kerana malu, baru kemudian muncul sikap warak pada diriku. Aku melihat kemaksiatan itu sebagai keburukan, maka aku meningalkannya kerana pertimbangkan harga diri, dan terhindarlah nilai agama yang ada.

Kedua: Malu hasil daripada proses pembentukan kerana pengaruh bermakrifat kepada Allah. Maksud makrifat kepada Allah di sini adalah mengetahui keagungan-Nya inilah karakter keimanan yang tertinggi , bahkan inilah darjat ihsan yang paling tinggi. Malu juga boleh terlahir daripada bagaimana cara seseorang itu melihat nikmat-nikmat-Nya dan bagaimana pula mensyukuri-Nya.


Malu Sebagai Sifat Muslim

Corak hidup manusia di alam ini, dan kebahagiannya yang abadi di alam akhirat kelak sangat tergantung kepada rasa malu yang ada pada dirinya.

Allah SWT yang Maha Bijaksana menciptakan rasa malu dalam diri wanita berlipat ganda lebih besar berbanding rasa malu yang dimiliki oleh lelaki. Namun sungguh malang, rasa malu pada diri wanita itu kini telah terhakis, hingga ramai wanita tidak lagi mempunyai rasa malu.

Daripada itulah, kejahatan dari hari ke sehari semakin bertambah banyak. Sehingga benarlah atas apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW: Kiamat tidak akan terjadi sampai rasa malu telah lenyap daripada anak-anak dan perempuan
(Bihar Al-Anwar, cetakan baru, jilid VI,ms.365)

Imam Al-Baqir mengatakan: Rasa malu dan iman adalah dua perkara yang dihubungkan oleh satu garis. Jika salah satu di antaranya hilang, maka yang lain akan mengikutinya.

Sedangkan Imam Jaafar As-Sadiq mengatakan: Tidak beriman orang yang tidak memiliki rasa malu.

Diriwayatkan daripada Imam Jaafar As-Sadiq bahawasanya beliau berkata: Rasa malu itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian di antaranya ada pada perempuan, dan yang satu bahagian ada pada kaum lelaki. Jika perempuan sudah mulai haid hilang satu bahagian rasa malunya. Jika dia sudah menikah, hilang lagi satu bahagian. Jika dia sudah digauli hilang satu bahagian lagi, jika melahirkan anak hilang lagi satu bahagian. Sehingga rasa malunya hanya tinggal lima bahagian. Dan jika dia berbuat dosa, maka rasa malu itu akan hilang semuanya. Tetapi bila tingkah lakunya baik, maka rasa malu itu masih akan berbaki lima bahagian.(Bihar Al-Mawar. Jilid VI, cetakan baru, ms 244)

Apakah Rasa Malu Itu?

Rasa malu (al-haya’) ialah suatu sifat yang ‘alami dalam diri manusia, yang menjadikannya merasa tidak selasa ketika dia melakukan perbuatan buruk dan haram. Dia dapat mencegah dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang, kerana adanya perasaan ‘alami dan fitrah itu.

Sayyid Jamaluddin Al-Asadabadi dalam bukunya Al-Radd ‘ala al-Madiyyin, mengatakan: Dengan kata yang mulia itu (rasa malu) hak-hak manusia terhormati, dan mereka tidak melanggar batas-batas yang telah ditentukan.

Begitu pula dengan rasa malu, seseorang memelihara hak ayah, ibu, anak, guru dan setiap orang yang berbuat baik kepadanya. Dia tidak berkhianat, mengingkari janji, atau menolak orang yang meminta pertolongan kepadanya. Dengan perasaan malu seseorang tidak akan melakukan perbuatan keji dan perbuatan yang tidak sesuai dengan dirinya.

Sungguh rasa malu dapat dijadikan tindakan pencegahan terhadap segala macam kerosakan. Ia lebih bermanfaat berbanding ratusan peraturan dan undang-undang. Sesungguhnya orang-orang yang mencintai kebaikan, menginginkan hilangnya kezaliman, harus berusaha agar sifat rasa malu tidak terlepas daripada diri mereka, bahkan mereka harus menghidupkan dan menumbuhkannya.

Cara Mengekalkan Rasa Malu

Jalan untuk menghidupkan dan membajai rasa malu antara lain:

1. Setiap orang hendaknya menyedari apa yang mereka katakan dan mereka lakukan. Sehingga mereka tidak keluar daripada suatu bertentangan dengan rasa malu, yang menyebabkan orang lain lebih berani bertindak kepadanya. Misalnya, hendaknya dia tidak mengucapkan kata-kata kotor dihadapan kanak-kanak, tidak berbohong dan tidak mengingkari janji. Hal ini dilakukan demi menumbuhkan rasa malu pada diri anak-anak.

2. Jika dia melihat orang lain berkata atau berbuat yang tidak baik tanpa rasa malu sedikit pun, maka hendaknya dia mengatakan bahawa hal itu tidak baik. Di samping itu itu hendaknya dia memberi amaran kepada orang yang melakukan perkara yang tidak baik itu, agar perbuatan itu tidak diulangi semula. Misalnya, ucapan keji ketika seseorang bertemu dengan rakannya, terutamanya dia sedang dalam keadaan marah.

3. Jika dia melihat orang merasa malu, kerana ucapan atau perbuatannya, maka hendaknya dia memujinya, atau memberikan motivasi kepada orang tersebut agar dia tetap istiqamah dengan sikapnya itu.


Timbul Rasa Malu Bermula Dari Mata

Banyak pelajaran yang dapat kita petik daripada berbagai riwayat dan nasihat para ulama, bahawa timbulnya akhlak yang mulia pada manusia nampak dari matanya.

Oleh itulah kita dilarang untuk meminta tolong atau bantuan kepada orang yang tidak melihat (buta), sebagaimana kita dilarang untuk meminta tolong di malam yang gelap gelita, meskipun kepada orang yang tidak buta, kerana kedua-dua mata orang tadi tidak dapat melihat dalam kegelapan. Asalnya ia, kerana kedua-dua keadaan tersebut tidak akan menimbulkan rasa malu.

Saat-saat Tidak Tepat Bagi Kita Untuk Malu

Kadangkala manusia melakukan kesalahan dan merasa bahawa perbuatan yang baik digambarkan olehnya sebagai suatu perbuatan yang buruk, kerana dia merasa malu. Misalnya, malu bertanya tentang perkara-perkara dia ketahui, terutamanya yang berkaitan dengan agama. Malu seperti ini menurut sebahagian riwayat, dinamakan malu orang bodoh, sebagai dikatakan: Tidak ada malu dalam masalah agama.

Pendek kata, rasa malu dalam mempelajari masalah-masalah agama, adalah salah. Seperti rasa malu untuk menampakkan kebenaran dan mengambil keputusan untuk sesuatu yang benar, untuk menampakkan kebenaran orang lain, atau menyatakan hak orang lain yang benar. Malu dalam perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan syarak.

Juga, rasa malu yang salah adalah malu pada perkara-perkara yang sifatnya sudah kita terima, yang berada di luar kemampuan manusia untuk mengubahnya, sehingga tidak masuk akal bila ada orang yang mehinanya. Misalnya, bentuk tubuh yang terlalu tinggi atau terlalu pendek, badan yang kurus atau sangat gemuk, rupa yang buruk dan hodoh, atau rambut yang terlalu hitam. Dalam perkara-perkara tersebut tidak boleh ada rasa malu, kerana hal itu bukanlah sesuatu yang buruk melainkan fitrah.

Saat-Saat Kita Patut Merasa Malu

Semua perbuatan yang dianggap oleh akal dan agama sebagai sesuatu yang buruk dan tidak masuk akal, patut merasa malu bila kita melakukannya. Sehingga dengan begitu, kita tidak mendekati perbuatan tersebut, dan menjadikan kita orang terpuji.

Rasa malu seperti itu terbahagi kepada dua bahagian :

1. Rasa malu terhadap manusia, yakni seseorang meninggalkan suatu perbuatan yang kurang terpuji kerana takut dilihat oleh orang lain, sehingga dia merasa malu.

2. Rasa malu terhadap Allah, iaitu kesedarannya bahawa Allah sentiasa mengetahui perbuatannya. Dia selalu mengawasi dan menperhatikan dirinya, apakah dia dalam keadaan seorang diri atau berada di tengah-tengah orang ramai. Sama ada dia dilihat orang atau tidak dilihat, dia tetap merasakan Allah selalu berada disampingnya, melihat dan mengawasinya sehingga dia berasa malu kepada-Nya dan meninggalkan perbuatan yang tidak baik.

Sesungguhnya kesempurnaan manusia adalah bila dia telah memiliki rasa malu dalam bahagian yang kedua di atas. Kesengsaraan dan kehinaan masih mungkin akan didapati oleh seseorang bila dia merasa malu dilihat oleh orang lain, tetapi dia tidak merasa malu dilihat oleh Allah SWT. Orang lain tidaklah memiliki kemampuan untuk memberikan kebaikan, atau sebaliknya, mendatangkan kesengsaraan baginya, tetapi Allah SWT pasti mampu melakukannya.

Sesungguhnya para pengkhianat biasa menyembunyikan perbuatan mereka daripada pandangan manusia, dan merasa malu apabila dilihat oleh mereka. Akan tetapi, mereka tidak malu kepada Allah SWT yang selalu bersama mereka. Mereka berbicara tentang sesuatu yang tidak diredhai oleh-Nya, pada hal Allah mengetahui segala sesuatu yang mereka lakukan. Allah SWT berfirman: Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, pada hal Allah berserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi terhadap apa yang mereka kerjakan.

Bersangka baik pada Allah

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohonkepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe..... Amin" .

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.

Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.

"Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. "Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:


Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.



Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.



Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan



Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...


Oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.


Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",)..

Dipetik dari Blog Senior penulis (masa sekolah menengah dahulu) dengan izin
http://dinn9.blogspot.com