Pages

Followers

Ramadhan VS Nafsu - 3 Pusingan Knock Out!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Taala kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya maka masih lagi diberikan peluang kepada kita untuk menikmati Ramadhan dan seterusnya memperbaiki mutu amalan kita serta memperbanyakkannya.

Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan itu terdapat tiga pusingan di dalamnya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya diselamatkan dari api Neraka"

Daripada mafhum hadis di atas maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa Ramadhan itu terdapat tiga pusingan iaitu:

  1. Pusingan pertama ialah rahmat (10 hari pertama)
  2. Pusingan kedua ialah Maghfirah (10 hari kedua)
  3. Pusingan ketiga ialah diselamatkan dari api Neraka (10 hari ketiga)

Maka pusingan pertama Ramadhan akan berakhir pada hari ini di saat penulisan ini dilakukan. Wahai sahabat cuba kita renung dan ingat kembali pada pusingan yang pertama ini apa yang kita dapat daripadanya. Adakah ianya lebih baik daripada pusingan pertama Ramadhan yang sebelumnya? Tepuk dada tanya Iman.

Insya-Allah di pusingan yang kedua nanti buatlah yang terbaik seolah-olah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Amin!


Dipetik dari Artikel: Renjer06

No comments:

Post a Comment