Pages

Followers

Mudahan-mudahan Kamu bertaqwa.

Alhamdulillah, masuk hari ni dah seminggu kita menyambut bulan Ramadhan ini dengan berpuasa. Marilah sama-sama kita renung kembali amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh ini. Apakah semakin bertambah? Maintain je? Atau semakin berkurang? Fasa pertama bulan ramadhan yang menjanjikan rahmat Allah bakal berlalu meninggalkan kita. Sama-samalah kita menghisab semula akan keadaan puasa dan ibadah-ibadah kita yang lain.

Memetik ayat Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu sekalian untuk berpuasa, sepertimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa”

Sekali lagi ayat wajib puasa ini berkumandang, saya bukan nak syarah ayat ini tetapi nak ajak kawan-kawan amik intipati dari ayat ini. Allah kata “Mudah mudahan kamu bertaqwa”. Apa itu TAQWA? Taqwa bermaksud kita takut kepada Allah. Tetapi takut disini bukan seperti kita takutkan haiwan buas, tetapi semakin kita takut kepada Allah semakin kita menghampirkan diri kita kepada-NYA.

Yakni melakukan apa sahaja yang disuruh Allah dan meninggalkan larangan-NYA. Tingkat taqwa ini akan membawa kita kepada tingkatan EHSAN. Iaitu melakukan ibadah atau perbuatan seperti kita nampak Allah di depan mata, dan kalau kita tidak nampak pun, Allah pasti nampak apa yang kita lakukan.

Saidina Umar satu hari bertanya kepada seorang sahabat “Apa itu Taqwa?”. Lalu sahabat tadi menjawab persoalan Amirul Mukminin itu dengan satu pertanyaan. “Kalau tuan melalui jalan yang penuh berduri, apakah yang akan tuan lakukan?”. Lalu dijawab oleh Saidina Umar “Nescaya saya akan mengangkat sedikit kain saya dan saya akan berhati-hati berjalan, takut terpijak duri yang ada”. Maka sahabat itu pun menjawab “Itulah taqwa..”

Saidina Ali Karamallahu Wajhah telah membahagikan taqwa itu kepada empat perkara..

1. Al-Khaufu minal Jalil

Ertinya Takut kepada Allah dalam erti kata, kita melakukan segala suruhan-NYA dan kita meninggalkan larangan-NYA.

2. Al-Amal bit tanzil

Bermaksud kita mengamalkan al-Quran dengan sepenuhnya. Tak boleh separuh-separuh, kita ambil apa yang kita suka dan tinggalkan apa yang kita tidak suka. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah..
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya..”

3. Al-Qanaah bil Qolil

Beerti kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan walaupun sedikit. Ada sebuah hadis nabi yang bermaksud
“.. . Perihal orang mukmin itu adalah, apabila mereka mendapat nikmat, mereka bersyukur. Tetapi apabila mereka tidak mendapatnya, mereka bersabar...”

4. Al-istibda’ bil qarir

Dan yang terakhir, bersiap-siap untuk kembali. Hidup kita ats dunia ini adalah sementara yang tak sementara. Iaitu kita tahu kita suatu hari nanti kita akan mati, cumanya kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi sementara hidup nilah kita nak beramal. Sepertimana Allah berfirman dalam surang Ali Imran ayat 185
“.. Sesungguhnya tiap-tiap yang bernyawa itu pasti akan mati..”

Jadi marilah kita sama-sama koreksi kembali diri kita dan amal ibadah kita. Moga-moga di akhir Madrasah Ramadhan nanti kita akan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.. Mudah mudahan..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MELIPATGANDAKAN IBADAH.. 

No comments:

Post a Comment