Pages

Followers

Ku Mohon Padamu tuhan!, Agar Rahmatmu datang kepadaku sepanjang zaman, terutama di Bulan Ramadhan

Insha Allah, beberapa detik mendatang ini, tarawih akan berlangsung.
Insha Allah, beberapa detik lagi, bulan barakah itu memenuhi ruangan kehidupan para Muslim.
Cuma bergantung pada Muslim itu sendiri untuk mengambil Ramadan sebagai bulan barakah ataupun bulan puasa semata mata. Bulan barakah kerana bulan ini merupakan peluang yang cerah untuk Muslim lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya.
Ya, semuanya bergantung pada kita.

Pertama sekali, aku mahu memohon kemaafan. Tidak kisahlah sama ada kita kenal atau tidak. Mungkin ada dalam entry entry ku ini yang menyinggung mana mana hati. Ketahuilah bahawa aku manusia yang kekadang menulis nafsu juga terikut sama.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mengatur segalanya dengan cantik sekali.
Ramadhan Kareem datang lagi. Tanda kasih dan kekuasaan Allah. Cuma jangan kita kaburkan tanda ini dengan keseronokkan kita mengunjungin bazar bazar Ramadhan yang berlambang.
Bukan ayam percik yang kita idam.
Bukan makanan itu dan bukan makanan ini.
Yang kita idamkan ialah peluang yang perlu di sambar ini. Allah mengharapkan bulan ini mampu menghasilkan keputusan yang baik bila keluar darinya yakni Takwa.
Kata seorang ustaz dalam ceramahnya, manusia tika ini banyak yang masuk ke dalam Ramadhan dalam keadaan jahil. Bagi kita Ramadhan cuma bulan puasa. Tapi kita sedikit lupa yang Ramadhan juga bulan Tarbiyah.
Kata Ibn Qaiyim, jahil itu merupakan racun yang membunuh. Dua ubatnya ialah Al Quran dan Sunnah.
Maka, Ramadhan ini perlu kita masuki dalam keadaan kita faham erti Ramadhan yang sebenar. Adab adab dalam Ramadhan, hukum puasa, Sunnah Rasulullah dalam bulan Ramadhan dan banyak lagi.
Mungkin agak lewat untuk satu pembacaan tapi sekurang kurangnya kita ada persediaan.
Jangan kita masuk dalam Ramadhan ini dalam keadaan betul betul kosong. Terlalu rugi jika itu yang berlaku.
Entri tidak boleh kupanjangkan. Aku punya tugasan yang kepentingannya atas dari ini. Insha Allah, aktiviti blogging akan berkurang sempena Ramadhan.
Mahu merebut rahsia Ramadhan ini.
Mungkin peluang yang terakhir, kita tidak tahu.
Kata akhir, masukkan jasad, hati serta iman kita ini dalam Ramadhan.
wallahua’lam.
Mari kita rebut rahsia Ramadhan!!

Dipetik Dari: http://cheritera.wordpress.com
Re-Post By: Admin 1

Edit by: Deybowk

No comments:

Post a Comment