Pages

Followers

Bagaimana Iblis Sambut Ramadan?


RASULULLAH SAW soal Iblis mengenai puasa bulan Ramadhan..

Jawap iblis..

“Ya Rasulullah! Inilah satu bencana amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini, bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi, dan semua malaikat bersukaria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia besar dari Allah. Dosa mereka di ampuni, digantikan dengan pahala kebajikan dan tidak ditulis kesalahan mereka selama berpuasa.

"Yang lebih nenyakitkan hatiku lagi, ialah semua isi langit, bumi serta semua makhluk bernyawa sentiasa mendoakan mereka, siang malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa, akan dimerdekakan Allah setiap hari Ramadan dengan 1,000 merdeka dari azab neraka.. semua pintu neraka akan di tutup dan di bukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa, datanglah malaikat kepadaku dengan garangnya, lalu menangkap aku bersama angkatan tentera aku, terdiri dari jin, syaitan dan ifrit.

“Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas, lalu di masukkan kami ke dalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami di bebaskan, ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa”

Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah. (Diangkat dari Blog Masjid As-salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor).

Ramadhan VS Nafsu - 3 Pusingan Knock Out!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Taala kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya maka masih lagi diberikan peluang kepada kita untuk menikmati Ramadhan dan seterusnya memperbaiki mutu amalan kita serta memperbanyakkannya.

Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan itu terdapat tiga pusingan di dalamnya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya diselamatkan dari api Neraka"

Daripada mafhum hadis di atas maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa Ramadhan itu terdapat tiga pusingan iaitu:

  1. Pusingan pertama ialah rahmat (10 hari pertama)
  2. Pusingan kedua ialah Maghfirah (10 hari kedua)
  3. Pusingan ketiga ialah diselamatkan dari api Neraka (10 hari ketiga)

Maka pusingan pertama Ramadhan akan berakhir pada hari ini di saat penulisan ini dilakukan. Wahai sahabat cuba kita renung dan ingat kembali pada pusingan yang pertama ini apa yang kita dapat daripadanya. Adakah ianya lebih baik daripada pusingan pertama Ramadhan yang sebelumnya? Tepuk dada tanya Iman.

Insya-Allah di pusingan yang kedua nanti buatlah yang terbaik seolah-olah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Amin!


Dipetik dari Artikel: Renjer06

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad


LATAR BELAKANG

Penubuhan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk ibubapa dan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.  Penubuhan kolej seumpama ini akan membuka peluang seluas-luasnya kepada anak-anak kita bagi menimba ilmu bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Penubuhan KUIZM akan membuktikan kemampuan PAS untuk mengendalikan kolej pengajian yang bertaraf universiti.
Sebagai salah satu kekuatan PAS dalam bidang pengajian Islam dan sebagaimana umum mengetahui kekuatan jamaah PAS dalam bidang pengajian Islam, sudah tiba masanya untuk menjelmakan kemampuan ini dengan penubuhan KUIZM. Penubuhan KUIZM akan melahirkan para graduan yang berilmu, beriman dan bertakwa yang boleh diketengah sebagai pemimpin Islam akan datang.

KUIZM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diurus oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (LKPIPTS) bersama kesepaduan tenaga akademik terdiri daripada bekas-bekas pensyarah IPTA yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan.

KULIAH YANG DITAWARKAN

Buat permulaan KUIZM akan menawarkan dua kuliah dan satu kursus pelengkap, seperti maklumat berikut:
  1. Fakulti Syariah (Muamalat dan Kewangan Islam)
  2. Fakulti Usuluddin (Dakwah dan Komunikasi)
  3. Pusat Pengajian Umum (PPU)

Mudahan-mudahan Kamu bertaqwa.

Alhamdulillah, masuk hari ni dah seminggu kita menyambut bulan Ramadhan ini dengan berpuasa. Marilah sama-sama kita renung kembali amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh ini. Apakah semakin bertambah? Maintain je? Atau semakin berkurang? Fasa pertama bulan ramadhan yang menjanjikan rahmat Allah bakal berlalu meninggalkan kita. Sama-samalah kita menghisab semula akan keadaan puasa dan ibadah-ibadah kita yang lain.

Memetik ayat Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu sekalian untuk berpuasa, sepertimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa”

Sekali lagi ayat wajib puasa ini berkumandang, saya bukan nak syarah ayat ini tetapi nak ajak kawan-kawan amik intipati dari ayat ini. Allah kata “Mudah mudahan kamu bertaqwa”. Apa itu TAQWA? Taqwa bermaksud kita takut kepada Allah. Tetapi takut disini bukan seperti kita takutkan haiwan buas, tetapi semakin kita takut kepada Allah semakin kita menghampirkan diri kita kepada-NYA.

Yakni melakukan apa sahaja yang disuruh Allah dan meninggalkan larangan-NYA. Tingkat taqwa ini akan membawa kita kepada tingkatan EHSAN. Iaitu melakukan ibadah atau perbuatan seperti kita nampak Allah di depan mata, dan kalau kita tidak nampak pun, Allah pasti nampak apa yang kita lakukan.

Saidina Umar satu hari bertanya kepada seorang sahabat “Apa itu Taqwa?”. Lalu sahabat tadi menjawab persoalan Amirul Mukminin itu dengan satu pertanyaan. “Kalau tuan melalui jalan yang penuh berduri, apakah yang akan tuan lakukan?”. Lalu dijawab oleh Saidina Umar “Nescaya saya akan mengangkat sedikit kain saya dan saya akan berhati-hati berjalan, takut terpijak duri yang ada”. Maka sahabat itu pun menjawab “Itulah taqwa..”

Saidina Ali Karamallahu Wajhah telah membahagikan taqwa itu kepada empat perkara..

1. Al-Khaufu minal Jalil

Ertinya Takut kepada Allah dalam erti kata, kita melakukan segala suruhan-NYA dan kita meninggalkan larangan-NYA.

2. Al-Amal bit tanzil

Bermaksud kita mengamalkan al-Quran dengan sepenuhnya. Tak boleh separuh-separuh, kita ambil apa yang kita suka dan tinggalkan apa yang kita tidak suka. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah..
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya..”

3. Al-Qanaah bil Qolil

Beerti kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan walaupun sedikit. Ada sebuah hadis nabi yang bermaksud
“.. . Perihal orang mukmin itu adalah, apabila mereka mendapat nikmat, mereka bersyukur. Tetapi apabila mereka tidak mendapatnya, mereka bersabar...”

4. Al-istibda’ bil qarir

Dan yang terakhir, bersiap-siap untuk kembali. Hidup kita ats dunia ini adalah sementara yang tak sementara. Iaitu kita tahu kita suatu hari nanti kita akan mati, cumanya kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi sementara hidup nilah kita nak beramal. Sepertimana Allah berfirman dalam surang Ali Imran ayat 185
“.. Sesungguhnya tiap-tiap yang bernyawa itu pasti akan mati..”

Jadi marilah kita sama-sama koreksi kembali diri kita dan amal ibadah kita. Moga-moga di akhir Madrasah Ramadhan nanti kita akan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.. Mudah mudahan..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MELIPATGANDAKAN IBADAH.. 

Ku Mohon Padamu tuhan!, Agar Rahmatmu datang kepadaku sepanjang zaman, terutama di Bulan Ramadhan

Insha Allah, beberapa detik mendatang ini, tarawih akan berlangsung.
Insha Allah, beberapa detik lagi, bulan barakah itu memenuhi ruangan kehidupan para Muslim.
Cuma bergantung pada Muslim itu sendiri untuk mengambil Ramadan sebagai bulan barakah ataupun bulan puasa semata mata. Bulan barakah kerana bulan ini merupakan peluang yang cerah untuk Muslim lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya.
Ya, semuanya bergantung pada kita.

Pertama sekali, aku mahu memohon kemaafan. Tidak kisahlah sama ada kita kenal atau tidak. Mungkin ada dalam entry entry ku ini yang menyinggung mana mana hati. Ketahuilah bahawa aku manusia yang kekadang menulis nafsu juga terikut sama.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mengatur segalanya dengan cantik sekali.
Ramadhan Kareem datang lagi. Tanda kasih dan kekuasaan Allah. Cuma jangan kita kaburkan tanda ini dengan keseronokkan kita mengunjungin bazar bazar Ramadhan yang berlambang.
Bukan ayam percik yang kita idam.
Bukan makanan itu dan bukan makanan ini.
Yang kita idamkan ialah peluang yang perlu di sambar ini. Allah mengharapkan bulan ini mampu menghasilkan keputusan yang baik bila keluar darinya yakni Takwa.
Kata seorang ustaz dalam ceramahnya, manusia tika ini banyak yang masuk ke dalam Ramadhan dalam keadaan jahil. Bagi kita Ramadhan cuma bulan puasa. Tapi kita sedikit lupa yang Ramadhan juga bulan Tarbiyah.
Kata Ibn Qaiyim, jahil itu merupakan racun yang membunuh. Dua ubatnya ialah Al Quran dan Sunnah.
Maka, Ramadhan ini perlu kita masuki dalam keadaan kita faham erti Ramadhan yang sebenar. Adab adab dalam Ramadhan, hukum puasa, Sunnah Rasulullah dalam bulan Ramadhan dan banyak lagi.
Mungkin agak lewat untuk satu pembacaan tapi sekurang kurangnya kita ada persediaan.
Jangan kita masuk dalam Ramadhan ini dalam keadaan betul betul kosong. Terlalu rugi jika itu yang berlaku.
Entri tidak boleh kupanjangkan. Aku punya tugasan yang kepentingannya atas dari ini. Insha Allah, aktiviti blogging akan berkurang sempena Ramadhan.
Mahu merebut rahsia Ramadhan ini.
Mungkin peluang yang terakhir, kita tidak tahu.
Kata akhir, masukkan jasad, hati serta iman kita ini dalam Ramadhan.
wallahua’lam.
Mari kita rebut rahsia Ramadhan!!

Dipetik Dari: http://cheritera.wordpress.com
Re-Post By: Admin 1

Edit by: Deybowk

Pesanan Hati di Bulan Ramadhan

Ok..hari ini aku x banyak citer.. tpi aku nk ucapkan mudah2han korang aku dapat menggalas tugas sebagai Mahasiswa di Universiti Ramadhan Malaysia.

"Suka dan Syukurlah kamu kerana dikungjungi Ramadhan AlMubarak, Moga2 Ramadhan kali ini saya dan semua berjaya mendapat MalamSeribu bulan (lailatul Qadar)"di petik dari kata hati penulis- muka hati 345

Kerisauan Kami terhadap sarung kaki

Kerisauan mula menghantui kami (penulis) tatkala melihat wanita memakai jubah dan tudung labuh yg tidak menutup kakinya (memakai stokin) tatkala di luar rumah, telah banyak artikel yang ditulis bagi menyelesaikan masalah ini tapi masih belum ada kesedaran, Aku (penulis) berharap agar diberi kekuatan oleh Allah bagi meneruskan lagi penulisan untuk menyahut seruan Ilahi yang Esa untuk Amr bil Makruf wa nahi anil Munkar.

Ya Allah Kami hambamu yang lemah memohon keampunan karna dosa kami ini, memohon kekuatan dan hidayah serta taufiq, memohon kefahaman yang mendalam terhadap Ilmu2 yang engkau turunkan, Kami memohon padamu agar setiap pandangan kami, penglihatan kami , pendengaran kami, dan penulisan kami diredhoiMu dan dibimbingimu.

Ya Allah Ramadhan Almubarak ingin mengunjungi kami, Kami mohon agar engkau memberi kami satu kekuatan untuk menyambutnya, Sesungguhnya engkau berkuasa atas tiap2 sesuatu, Ya Allah kurniakanl Kami Hidayah dan taufiq untuk menggalas setiap suruhanmu, Kurniakan Nabi kami Muhammad tempat yg tinggi disisi mu..

Jadi Kami harap Anda semua dapat berkongsikan Idea, Artikel, Puisi, dan sebagainya. Jika anda ingin berbuat demikian, bolehlah menghantar perkara tersebut kepada

Ahmad Khalilul Hameedy (wakil Admin)

baniidriss@gmail.com

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan pemusuhan"
(surah Al Maidah : 2)