Pages

Followers

Hukum Lelaki berinai

Oleh: AKHISALMAN

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

Rasulullah Menangis Kerana Perangai Perempuan

RASULULLAH sedih ketika banyak  wanita menjadi penghuni neraka

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Kesalahan wanita dalam menutup aurat

Wah article yg aku cari selama nie dah ku temui! ari nie dengan suker ati nak letak artikel nie.

Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :

[yg nie re-post blogger punya]-Wanita x kisah xpakai stokin tkper, padahal kaki kan aurat jugak [memang xreti nk bersyukur]
1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



Pendapat Ustaz

Firman Allah yang bermaksud :

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



Kesimpulannya

Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).

COPY DARI BLOG : http://www.ustaznoramin.com/

Dah Lama tapi baru nak umumkan

Selepas lama blog ini beroperasi dan bertukar wajah, dari template ini ke template yang lain, jadi blog ini dah nak mengeluarkan artikelnya sendiri. Blog ini asalnya diberi nama laman pelajar islam, namun ditukarkan kepada Aku dan Keyboard dan seterusnya ditukarkan kepada Re-Post blogger. Jadi dah lama blog ini menyepi dari artikelnya sendiri. InsyaAllah saya akan berusaha mengeluarkan artikel yang berinfomasi. Jadi saya harap kepada semua pemmbaca atau pelawat dapat menyebarkan blog ini kepada sesiapa. Anda boleh menyebarkan blog ini dengan mengatakan link ini http://www.1994.tk . Saya (admin) tengah berusaha untuk memajukan blog ini, saya harap segala masalah atau kesilapan dapat diberitahukan kepada saya, agar saya dapat membetulkan kesalahan tersebut. Segala masalah boleh diajukan kepada saya di

Email:
baniidriss@gmail.com
baniidriss@yahoo.com

Web:
http://www.1994.tk
[boleh diajukan di cbox]

Social site:
http://connection.my/baniidriss
http://twitter.com/baniidriss

Terima kasih,
Admin Re-post blogger

Cara-cara untuk memupuk ukhwah fillah

Artikel nie Admin Re-post balik bile admin teringat bile Admin jadi Ketua kumpulan Khalid Alwalid. Saat bila memilih trademark kumpulan. Masa tue adalah salah seorang ahli kumpulan (dari muslimat) melontarkan cadangan membuat trademark yg berbunyi Ukhwah fillah Abadan2. Jadi Admin telah tetarik hati dengan artikel nie. Jadi fahamilah betul2 artikel nie.

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H.


1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahwa dia kasih kepadanya.

Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hr Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(Hr Muslim)

3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yg ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dgn temanmu maka segeralah bersalam dengannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)

5. Sesekali menziarahinya.

Nabi bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."

6. Memberi hadiah

Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(Hr Thabrani)

7. Membantu sahabat-sahabat nya fillah.

Nabi berpesan: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan."(Hr Hakim)

rujukan: al-Ukhuwah Islamiah oleh Dr Abdullah Nasih ulwan.