Pages

Followers

Betapa cintanya Sahabat-sahabat kepada Rasululah saw

Dipetik: Laman salman maskuri

Sempena Hari kelahiran baginda SAW saya lampirkan kisah2 para sahabat yang menunjukkan cinta mereka yang tinggi kepada Rasulullah saw. Mudah2an ia dapat menyemai dan membiakkan cinta Nabi dalam hati2 kita.

1. Ketika Zaid bin disnah RA disaat akhir hendak dibunuh oleh orang-orang musyrikin, Abu Sufyan (ketika masih kafir) berkata kepadanya:

“Adakah engkau suka kalau Muhammad menggantikan tempatmu untuk kami penggal kepalanya, sedangkan engkau bersama keluarga mu.”

Zaid menjawab:

والله ما أحب أن يفديني رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة في قدمه

Maksudnya: “ Demi Allah, aku sama sekali tidak suka Rasulullah menggantikan ku sekalipun hanya terkena duri di kakinya.”

Abu sufyan pun berkata:

ما رأيت أحدا من الناس يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا

Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat seorang manusia mencintai manusia lain sehebat cinta sahabat2 Muhammad kepada Muhammad. “

2. seorang Wanita ansar telah kematian bapa, saudara lelaki dan suaminya pada peperangan uhud.

Setelah mana diberitahu perkara tersebut kepadanya, namun yang mengejutkan dia mengajukan pertanyaaan berikut:

ما فعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Bagaimana dgn keadaan rasulullah saw?”

Mereka menjawab “Rasulullah dalam keadaan baik2 sepertimana yang engkau harapkan.”

Wanita itu membalas:

كُلُّ مٌصِيْبَةٍ بَعْدَكَ جَلَلٌ

Maksudnya: “Setiap musibah akan menjadi mudah selepas melihat mu (Nabi) selamat sejahtera.”

(Hr Baihaqi dan Ibnu Ishak)

3. Ketika mana Abu khuthaimah ra baru balik dari safarnya, Rasulullah saw dan para sahabat sudah pergi perang ke Tabuk di tengah musim panas. Beliau mendapati dua orang isterinya berada di dua khemah di dalam kebun miliknya. Kedua2 orang isterinya telah menyediakan khemah yang elok, air yang sejuk dan makanan yang enak.

Apabila beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua isterinya, beliau berkata “Rasulullah saw berada ditiup angin dan dilanda kepanasan sedangkan aku berada di teduhan yang nyaman, makanan yang dihidangkan dan bersama wanita rupawan. Ini satu perkara yang tidak adil.” Beliau menyambung lagi dgn berkata kepada kedua isterinya:

والله لا أدخل عريش واحدة منكما حتى ألحق برسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Demi Allah aku tidak akan masuk mana2 khemah kamu berdua sehingga aku dapat bersama Rasulullah saw.”

Lalu kedua orang isterinya menyiapkan bekalan utknya bermusafir dan memberikan unta kepadanya. Dia pun berangkat sehinggalah bertemu dgn Rasulullah saw di tabuk.

(Hr Thabrani dan Ibnu Ishak)

Kesimpulan; Lihat betapa kasih dan cintanya para sahabat Nabi saw kepada baginda. Bagaimana dgn cinta kita kepadanya. Sejauh mana kita membela Rasulullah saw ketika mana namanya dicemari. Sejauh mana pembelaan kita kepada risalah yang dibawanya. Adakah cukup perarakan setahun sekali, sedangkan kita tidak cuba memahami, mempelajari, mengamalkan, menyebarkan dan memperjuangkannya sehingga nafas kita yang terakhir.