Pages

Followers

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.
Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.

No comments:

Post a Comment