Pages

Followers

10 Simple ways to Improve Your English (Risalah English)


I’ve just thought up of some simple ways for anyone who is interested in improving their English. I myself am trying to improve in this language each day. There’s always so much to learn and it can be really fun! You just need to have the passion and enthusiasm to better yourself.
  1. This is what most people would advise: read. Read anything and everything in English. You can read story books, newspapers, magazines, blogs, comics, English textbooks, instructions and ingredients on food packages, advertisements, etc. For story books, don’t force yourself to read something too difficult or something you know you won’t enjoy. Make reading fun! Read books that you ENJOY reading. I hate to read books that bore me too.

  2. Watch English movies with subtitles. This would be my favourite way of learning English. Not only do I get to have a fun time watching the movie, I’d be learning new words at the same time and knowing how to pronounce them! Usually, you can get movies with English subtitles on DVDs.

  3. Listen to English songs. Read the lyrics as you listen to the songs. Listen to your favourite songs and sing along to them.

  4. Start a blog in English. This is one way for you to practice your writing. Blog on something that you love. If you are a fan of movies, start a blog and write about your favourite movies, your favourite characters, what you think could be improved in the movie, what new movies to expect next year, etc. Besides blogging, try joining online forums, engage in online chatting and more.

  5. If you don’t want to maintain a blog, why not write to a pen pal? It’d be even more fun to have a pen pal from a different country! I used to write to other people from the US, Germany, Mexico, and even Yugoslavia. I remember feeling excited when I see letters with foreign stamps on it in my mailbox. If you don’t want to spend too much money on stamps, then get a local pen pal.

  6. Write in your diary/journal in English. This is where you can write anything in it. But if you do write something you wouldn’t want others to read, make sure you hide it somewhere safe! Or try not to write anything offensive at all in case someone does find it. You can also write about neutral stuff like the places you went that day, what you ate, who you met, what you did, etc.

  7. Be best friends with a good English dictionary. You can use Oxford, Collins, Cambridge, etc. Buy a dictionary that you’re comfortable with and USE it at all times. Keep it next to you when you’re reading. I always put my favourite Oxford dictionary by my side when I’m reading. So when I stumble upon a word I don’t know, I don’t have to get up and look around for it. It’s right there by my side. Thus, I have no excuse for not looking the word up!

  8. Speak the language whenever you can. Speak it with friends and family. You can also sing along to English songs! Try karaoke! Don’t be shy to try speaking the language. Don’t be afraid that others will tease you. In fact, they’ll admire you for your courage and confidence.

  9. Learn a new word a day. Keep your own vocabulary notebook and write a new word and its meaning in it every day. Refer to it as often as possible so that the new words will stick in your head.

  10. You can also learn new phrases, idioms or proverbs a day. A kick in the teeth, sit on the fence, make a clean sweep, a bird in the hand is worth two in the bush, a man’s home is his castle, etc. When you come across a saying that you like, write it down and its meaning in your notebook!
Actually, there are many more ways for you to improve your English. If you have extra money to spend, you can even sign up for English courses, English camps and so on. But why throw away your money when you can learn the language in cheaper ways?


Learn at your own pace. There’s no need to hurry when learning something especially a language. Make learning English fun. Don’t give up too soon or get discouraged. Don’t get stressed out when it becomes a little difficult.

If you have your own wacky or unique way of learning the language, please share it with me and the other readers. The more, the merrier! Before I go, I’d like to wish you all the best in learning English!

15 Tip Pelajar Cemerlang



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan
peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15
tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:



1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.


2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang
hayat.


3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya
mengawal nafsu dan emosi.


4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham
apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan
dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.


7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan
perubahan kita.



9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara
positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Tekanan Untuk Pelajar Berjaya




Oleh MD. ZAN SAARI

KEPUTUSANpeperiksaan utama dalam negara seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kini sudah diketahui, justeru pelajar serta ibu bapa kini mula mencongak apakah tindakan seterusnya dalam menentukan masa depan mereka.Kepada mereka yang berjaya, sudah tentu akan merasakan hasil usaha dan penat lelah selama ini kini berbaloi. Lebih penting lagi, mereka telah menjadi contoh terbaik bukan sahaja kepada rakan-rakan tetapi adik beradik di bawah mereka, terutamanya di sekolah rendah. Bagi mereka yang sudah berjaya dalam peperiksaan masing-masing dan mempunyai adik yang bakal menduduki peperiksaan mereka pula, anda secara tidak langsung telah menetapkan tanda aras (bench mark) kepada adik-adik anda.Di sini secara tidak langsung, ia memberikan tekanan kepada adik-adik dan pelajar yang belum menduduki peperiksaan, untuk berjaya seperti abang-abang dan kakak mereka.Ia ditambah lagi apabila kedengaran ayat-ayat seperti “Abang/kakaknya sudah berjaya, jadi sekarang saya mahu lihat adiknya pula bagaimana” daripada ibubapa masing-masing.Akan tetapi benarkah kejayaan dalam peperiksaan seperti SPM dan STPM begitu penting sekali hingga jika ´kurang berjaya´ atau tidak seperti diharapkan, ia bermakna anda akan gagal dalam hidup atau habis begitu sahaja ? Tentu tidak. Suasana pembelajaran sekarang sudah jauh berubah berbanding satu ketika dahulu, lantas memberikan cabaran yang cukup berbeza bukan sahaja kepada para pelajar, malah ibu bapa dan keluarga terdekat para pelajar sendiri.Dengan tekanan dan harapan yang cukup tinggi daripada ibu bapa dan persekitaran, para pelajar dari satu segi sebenarnya agak ditekan untuk berjaya di sekolah berbanding waktu dahulu.Sekadar berjaya memperolehi A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil kini tidak cukup untuk menjamin tempat mereka di sekolah yang lebih baik atau menara gading sekalipun, justeru para pelajar disogokkan pula dengan pelbagai aktiviti kokurikulum selepas sekolah bagi memastikan mereka dapat bersaing.Jika itu tidak cukup, ibu bapa pula menghantar anak-anak ke kelas-kelas “tambahan bukan akademik” seperti pembelajaran piano dan alat muzik lain, kelas renang, seni mempertahankan diri dan sebagainya. Fenomena ini kini bukan sahaja melanda pelajar sekolah menengah tetapi juga mereka di sekolah rendah.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan pelajar-pelajar sekolah rendah ditekan dengan lebih kuat, dengan alasan untuk memberikan mereka asas terbaik bagi memastikan mereka berjaya.Memang terdapat kewajaran berbuat denikian kerana tuntutan alam pendidikan dan kerjaya ketika ini yang begitu mencabar, hanya yang mempunyai kelebihan sahaja akan berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan yang lebih baik. Pun begitu haruslah terdapat batasan yang perlu dipatuhi bagi memastikan anak-anak tidak akan tertekan dengan keadaan tersebut.Sememangnya seseorang pelajar itu akan dihormati, malah menjadi terkenal sekiranya memperolehi berbelas-belas A dalam peperiksaannya, namun bukan bermakna dia yang paling hebat. Mungkin pelajar berkenaan memang pintar dalam pelajarannya namun tidak semestinya dia juga cemerlang dalam kokurikulumnya.

REAKSI IBU BAPA

Ia merupakan sesuatu yang normal jika ibu bapa merasa khuatir sekiranya anak-anak tidak menunjukkan keputusan seperti diharapkan mereka. Ia juga normal jika anak-anak tersebut dimarahi akibat kegagalan mereka itu.Namun harus dingat, perbuatan memarahi anak-anak tersebut (dalam kes ini pelajar sekolah rendah) perlu dilakukan secara membina bagi meningkatkan prestasi mereka, jika tidak ia akan hanya menambahkan kepada masalah sedia ada pada pelajar berkenaan.Justeru sebenarnya apa yang terbaik dapat dilakukan sekiranya anak-anak pulang ke rumah dan menunjukkan kad laporan kemajuan yang kebanyakan markahnya cantik berwarna merah ?

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG


Pakar-pakar motivasi menyarankan agar ibu bapa supaya bertenang terlebih dahulu dan memotivasi anak-anak berbanding terus menyalah dan memarahi mereka. Kita tidak mahu mereka mendengar ayat-ayat seperti “ Buat habis duit aku hantar pergi sekolah” atau “ Aku hantar pergi sekolah suruh belajar, bukan bercinta” kepada anak-anak.Anak-anak sekarang lebih terbuka mindanya serta bijak dan memerlukan pendekatan berbeza bagi membuka pintu hatinya menerima nasihat ibu bapa.Berbeza dengan pelajar sekolah menengah, mereka yang berada di sekolah rendah kadangkala mempunyai masalah kecil yang pada anda remeh, namun mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang cukup membebankan. Antara yang sering berlaku dan menimbulkan masalah kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak: * Mengadu tentang rakan sekelas/guru* Pulang dari sekolah dan kelihatan kecewa/marah* Cemerlang dalam sesetengah matapelajaran, namun lemah matapelajaran lain* Membuat kerja sekolahnya di saat akhir* Sukar berinteraksi dengan rakan di sekolah* Dibuli atau membuli* Sukar memahami matapelajaran di sekolah* Tidak suka kepada guru* Cemburu melihat rakan mempunyai pakaian atau alatan sekolah yang lebih baik Selepas masalah yang menimpa anak-anak anda dikenalpasti, adalah lebih mudah untuk menyelesaikannya.

TINGKATKAN KEYAKINANNYA

Ia merupakan salah satu cara terbaik bagi memperbaiki prestasinya. Selidik kemahiran yang dipunyai oleh anak-anak anda dan aplikasikannya kepada kaedah pembelajaran mereka. Jika adik beradik mereka yang lain mempunyai kemahiran berbeza, aturkan supaya mereka saling mengajar antara satu sama lain. Jangan segan atau lokek untuk memuji anak-anak anda sekiranya mereka beroleh kejayaan.

TEMUI ATAU HUBUNGI GURU

Jumpa dan berbincang dengan guru-guru anak-anak anda berhubung prestasi mereka. Tanyakan apa yang tidak kena dengan anak-anak anda, dan apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaikinya.

TETAPKAN SASARAN

Sekiranya anak-anak berjaya dimotivasi bagi menetapkan sasaran untuk dicapai, mereka akan berusaha untuk mencapainya. Sebagai permulaan, tetapkan sasaran mudah untuk dicapai sebelum menyasarkan untuk sesuatu yang lebih besar. Pastikan juga sasaran yang mudah itu berjaya dicapai oleh mereka terlebih dahulu.

PASTIKAN ANAK ANDA CERGAS

Anak-anak zaman ini, terutamanya pelajar sekolah rendah lebih cenderung kepada permainan seperti Play Station, X Box serta peraminan di komputer peribadi dan sebagainya berbanding aktiviti fizikal.Ini menyebabkan mereka kurang mengeluarkan peluh. Sesekali, ajak dan sertai mereka dalam kegiatan permaian seperti bola sepak, badminton dan sebagainya.Tidak peru pergi jauh untuk menjalankan aktiviti kelurga yang mengeluarkan peluh. Sekiranya anda tinggal di rumah teres, ajak anak-anak anda untuk membersihkan halaman atau menanam sayuran. Senaman memperbaiki edaran darah anak-anak, sistem penghadaman serta menggalakkan aliran oksigen. Ingatkan juga mereka untuk sentiasa bersenam, walau tanpa kehadiran anda.

BERSABAR

Akan ada seribu satu masalah dalam memastikan anak-anak anda berjaya di sekolah rendahnya, namun perkara yang paling penting ialah untuk ibu bapa bersabar dalam menghadapinya. Seribu satu alasan akan diberikan oleh anak-anak dalam seribu satu keadaan, namun kuncinya adalah kesabaran.Tokoh Ibu Mithali 2007, Hajah Eshah Din membesarkan 17 orang anaknya hingga masing-masing berjaya. Lebih membanggakan ia dilakukan dalam keadaan di mana dirinya dan suaminya hidup dalam kedaifan hingga dia terpaksa menoreh getah bagi mencari pendapatan walaupun ketika dia sarat mengandung.Jika warga emas ini berjaya melakukannya, mengapa tidak kita. Gagal di sekolah atau tidak menonjol di sekolah bukan bermakna anak ada akan gagal selamanya. Kadangkala dia akan berjaya di kemudian hari dalam hidupnya (late bloomer).Dalam riwayat Ibu Najar, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” Jelas kini bahawa Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya berputus asa, sebaliknya melipat gandakan usaha sekiranya ditimpa sebarang kesukaran.Kejayaan mencapai begitu banyak A dalam peperiksaan bukan jaminan untuk pelajar melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih baik, sebaliknya memerlukan kombinasi pelajaran dan penglibatan aktif dalam kokurikulum.Sekiranya anak anda gagal untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajarannya di sekolah , dengan sekadar kelulusan yang sederhana sahaja, ia bukan bermakan dia akan gagal dalam kehidupannya. Terdapat begitu banyak contoh tokoh-tokoh berjaya ketika ini merupakan pelajar yang sederehana atau mereka yang tidak belajar hingga ke peringkat tertinggi.Di negara ini, antara yang boleh dijadikan contoh ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari (Malakof Holding, Crocodile, MPH Bookstores) dan Tan Sri Lim Goh Tong (Kumpulan Genting). Melihat ke peringkat antarabangsa pula, kita dapat ambil contoh daripada Thomas Alva Edison (saintis) dan J.K. Rowling (penulis novel Harry Potter).Kesemua mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, namun mempunyai semangat untuk berjaya yang tinggi, lantas membolehkan individu-individu ini begitu berjaya kemudiannya.

Jangan putus asa

oleh:almusafir(iluvislam)



“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untukexam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.




All About Halal

Halal is an Arabic word meaning lawful or permitted. The opposite of Halal is Haram, which means unlawful or prohibited. Halal and Haram are universal terms that apply to all facets of life. However, we will use these terms only in relation to food products, meat products, cosmetics, personal care products, food ingredients, and food contact materials.
While many things are clearly Halal or clearly Haram, there are some things which are not clear. These items are considered questionable or suspect and more information is needed to categorize them as Halal or Haram. Such items are often referred to as Mashbooh, which means doubtful or questionable.
All foods are considered Halal except the following, which are Haram:
*Swine/pork and its by-products
*Animals improperly slaughtered or dead before slaughtering
*Animals killed in the name of anyone other than ALLAH (God)
*Alcohol and intoxicants
*Carnivorous animals, birds of prey and land animals without external ears
*Blood and blood by-products
Foods contaminated with any of the above products
Foods containing ingredients such as gelatin, enzymes, emulsifiers, etc. are questionable (Mashbooh) because the origin of these ingredients is not known

Pelalaian Rubela ( Imunisasi Rubela )

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 21

Tarikh : 12 September 1988

Keputusan Muzakarah :


" Vaksin Rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela. "

ketagori:Artikel

Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 24Tarikh : 5-6 Jun 1989

Keputusan Muzakarah :

( i ) Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak.

Ketagori :Artikel

Islam dan Hiburan



Naluri Manusia

Allah itu Maha Berkuasa sifatNya. Memang tidak dapat disangkal akal lagi akan sifatNya itu. Dalam setiap kejadian yang diaturiNya, pasti ada keindahanNya tersendiri. Setiap kejadian susunan Allah, ada nur disebaliknya. Setiap penciptaan ada haknya tersendiri. Islam ini adalah agama yang syumul. Ya, sebuah agama yang 'perfect' untuk setiap manusia.

Setiap manusia di muka bumi ini, ada naluri tersendiri. Pelbagai jenis naluri yang timbul dari dalam manusia yang nun jauh tersembunyi di lubuk hati setiap manusia. Naluri ingin memiliki rumah bagaikan istana tersergam megah di tepian pantai yang indah, Naluri ingin memiliki isteri yang cantik, tidak jemu dipandang mata dan menyejukkan hati, Naluri yang ingin memiliki harta setinggi Gunung Kinabalu agar dapat dibelanjakan di jalan Allah, Naluri ingin berpesta dan berpoya dengan iringan muzik-muzik yang mengasyikka..Ya, terlalu banyak jika hendak disenaraikan, apa yang naluri manusia inginkan.

Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14;

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."

Dari ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah tahu apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia. Agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.

Allah menegaskan dalam firmanNya pada surah Al-A'raf ayat 32;

"Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui."

Lihatlah, Allah menjadikan perhiasan di dunia ini yang amatlah bertepatan dengan naluri manusia. Namun, atas kebijaksanaan Allah, maka, Allah menjadikan batas-batas untuk setiap naluri manusia itu. Kenapa Allah menetapkan batas-batas berkenaan?, sedangkan Allah telahpun mengetahui akan kehendak dan naluri manusia itu sendiri? Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Mengetahui, jika tiada sekatan serta batasan yang terkandung dalam buku perintah Allah itu, nescaya, ramailah manusia-manusia yang menuju ke arah kerosakan.

Islam dan Seni Hiburan

Allah tidak melarang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat, tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan" Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang luas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam menguasai dua pertiga dari bumi ini.

Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya terjadi. Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu.

Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin tersebar luas dengan sendirinya dari hari ke hari. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia di saat itu, bermulalah episod kesedihan yang sangat tragis dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mula roboh satu demi satu, seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh disebabkan manusia melebihkan seni hiburan itu dari syariatNya.

Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan tika ini. Seni yang dahulunya hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, bagaikan darah daging manusia. Umpama oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya.

Terlalu tinggi rasanya saya mendefinisikan seni sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu dalam setiap tubuh-tubuh manusia masakini. Manakan tidak, ada sahaja manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, "Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan! tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!




Cubalah kita perhatikan hiburan di zaman ini. Dari hiburan yang tertutup seperti disco, pub, pusat karaoke, kelab malam dan sebagainya sehinggalah hiburan yang dianjurkan secara terbuka; Konsert Jom Heboh, pesta muda-mudi, realiti TV, seperti Akedemi Fantasia, Mentor, One in a Million dan sebagainya lagi. Begitu banyak bukan? Jika hendak dihitung, entah bila akan kesudahannya. Sehinggakan dalam perlaksanaan hiburan sebegini menelan belanja jutaan ringgit sekalipun, ianya akan tetap dijayakan!

Sampai begitu sekali bahana seni hiburan masa kini. Ya, hiburan masa kini..yang terlalu jauh membawa pergi roh-roh Islam ke dalam hati dan naluri manusia. Seni-seni hiburan ini bagaikan kanser didalam badan manusia. Dimana ia semakin merebak dan memusnahkan anggota badan yang lain sedikit demi sedikit. Bermula dengan 'hiburan ringan-ringan' seperti nasyid, kerana terlalu banyak lagu-lagu yang ber'title'kan nasyid menyampaikan mesej berbentuk kecintaan adam dan hawa, menyebabkan hati yang lemah mula berubah ke arah lagu yang mendayu-dayu. Seperti kata anak muda kini, 'lagu meleleh-leleh' atau 'lagu jiwang karat'. Kemudian, naluri semakin advance, dendangan lagu-lagu tajaan Barat mula menjadi suntingan. Nyanyian masih lagi 'jiwang karat', namun liriknya semakin ke'barat'an. Nyanyian BackStreet Boys, N'sync dan boy band lain mula menjadi siulan harian. Apabila hati sudah memuja penyanyi-penyanyi sedemikian, kekabusan kegelapan menyelubungi hati, bermulalah kekerasan hati yang membawa kearah lagu-lagu bersifat keras! Punk, Skin Head, Black Metal dan lain-lain mula bertakhta dihati manusia. Maka terjadilah ritual-ritual yang menyesatkan akidah! Astaghfirullah!!. Atas dasar seni hiburan sebeginilah, maka produktiviti manusia semakin merosot dan menjunam ke bawah.

Kerana hiburan inilah, seorang pelajar tidur lambat untuk mengundi peserta kegemarannya dalam rancangan Mentor, seterusnya menyebabkan dia kurang fokus di sekolah kerana mengantuk. Kerana hiburan inilah, seorang pekerja lewat ke tempat kerja, kerana bangun lambat selepas semalaman melihat konsert Jom Heboh. Kerana hiburan inilah, seorang mahasiswa 'terpaksa' ponteng kelas untuk beratur panjang demi memperolehi tiket bola perlawanan Malaysia menentang Manchester United. Kerana hiburan inilah, seorang isteri 'terlupa' masak untuk suaminya yang baru pulang dari kerja kerana kesedihan melampau melihat Diari Akademi Fantasia. Kerana hiburan sebeginilah, seorang anak mengingkari arahan ayahnya dan melewat-lewatkan solat Maghrib kerana menonton rancangan Sin Chan dan dituruti rancangan Doraemon di kaca TV. Kerana hiburan inilah, seorang remaja perempuan hilang sifat malunya kerana bersesak-sesak dalam gerombolan manusia ketika menonton konsert Jason Mraz suatu ketika dahulu. Kerana hiburan inilah, sepasang remaja hilang pertimbangan agamanya ketika menonton tayangan wayang 'Drag Me To Hell' atau 'Angels and Demons' dalam kegelapan sehinggakan mereka 'membuat wayang' mereka sendiri kerana kebosanan jalan ceritanya. Kerana hiburan inilah, seorang pelajar telah mengkianati amanah seluruh umat Islam apabila dengan duit zakat yang diperuntukkan untuknya menuntut ilmu, telah dibelanjakannya untuk membeli CD terbaru 'Laskar Pelangi'. Kerana hiburan inilah, seorang pemimpin membelanjakan harta anak-anak yatim, harta ibu-ibu tunggal, harta para musafir di jalan Allah dan harta-harta orang fakir dengan menaja Formula 1, mendirikan Litar Perlumbaan Sepang bertaraf dunia dan menubuhkan Malaysian Philharmonic Ochestra. Kerana hiburan inilah, seorang remaja lelaki bertubuh sasa leka menyanyikan lagu 'Jai Ho' dari iPodnya sambil duduk di seat dalam komuter sehingga 'tidak nampak' seorang ibu yang sarat mengandung sedang berdiri dihadapannya kerana tidak memperolehi tempat duduk. Kerana hiburan inilah, sekumpulan manusia 'terlepas' solat Maghrib kerana tayangan Tansformer 2: Revenge of The Fallen bermula pada pukul 1910 dan memperolehi tempat duduk nun jauh dibelakang. Kerana hiburan inilah, seorang lelaki sanggup meninggalkan solat berjemaah di masjid atau surau kerana ingin menonton tayangan Nur Kasih dan Ceplos di TV.

Tangani Masalah Seni Hiburan

Cuba kita lihat, betapa banyaknya keburukan dalam seni hiburan ini. Justeru, hendaklah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk merubah gejala negatif agar menjadi positif. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! Esok, insyAllah lebih baik dari hari ini.

Terdapat banyak cara untuk kita semua berusaha menangani masalah seni hiburan ini. Antaranya adalah:

i) Solat hiburan UTAMA

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW kepada Bilal, "Tenangkan dirimu ketika solat ya Bilal". Cuba kita lihat, Rasulullah SAW berpesan kepada Bilal, jika mahukan ketenangan, jadikan solat itu sebagai caranya. Bukan dengan mendengar lagu-lagu yang mengasyikkan atau melancong ke tempat-tempat peranginan yang mendamaikan.

ii) Majlis hiburan yang tidak melalaikan

Dalam bab ini, ada sedikit pujian dari saya buat kerajaan Selangor sekarang. Kenapa? Dahulu, kawan saya ada pergi 'satu majlis' anjuran kerajaan Selangor di Stadium Melawati. Berdasarkan ceritanya, program hiburan itu menarik kerana susunan majlisnya. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Hajat dan sedikit tazkirah. Kemudian Solat Isyak berjemaah. Selepas selesai, MB Selangor memberikan
sedikit ucapan dan konsert nasyid berlangsung selepas itu. Yang menarik perhatian saya, sekurang-kurangnya, konsert itu tidak menyebabkan pengunjung melewat-lewatkan atau 'terlepas' untuk bersolat.

iii) Tiada percampuran lelaki dan perempuan

Kalau yang ini pula, saya memuji pucuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Tanpa perlu saya bercerita panjang, rasanya sudah ramai yang mengetahui akan konsert-konsert yang diadakan di Kelantan. Bagaimana pentadbir-pentadbir Kelantan memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan agar tiada pergaulan bebas ketika konsert berlangsung.

iv) Tanam kesedaran Islam dalam Artis

Kalau artis-artis ini mula memahami Islam, Tiada sudah penyanyi-penyanyi wanita selepas ini. Bukankah Islam melarang wanita melunak-lunakkan suara untuk yang bukan 'selayaknya'. Jika artis-artis mula mengenali Islam, sudah pasti tiada lagi lakonan-lakonan 'bermutu' artis-artis Malaysia ketika berlakon. Kalau itu yang Islam mahukan, kenapa perlu dipersoalkan lagi? Adakah kerana kita mahukan seni hiburan itu, maka maksiat tidak dapat dipisahkan lagi? Banyak lagi seni hiburan yang terhidang diluar sana yang halal, terpulang pada kita untuk memilihnya atau menolaknya. Ada sahaja drama-drama berunsurkan islamik dari dahulu lagi.

**Nota - Pada hari Jumaat lepas, aman sedikit terkilan dengan rancangan TV3, Nur Kasih. Apabila dalam dialog artisnya itu, terdapat ayat sebegini. Seorang artis berlakon sebagai minah saleh menegur kawan perempuannya ketika hendak membuat keputusan berkahwin. "why you choose him, you are not Malay or ISLAM, so whay you want to marry him?" selepas itu dibalas oleh pelakon wanita itu dengan jawapan selambanya, "So what if i'm not Malay or Islam, but I love him ok?" Astaghfirullah.**

v) Pemantauan dan penguatkuasaan pentadbiran

Dalam hal ini, kerajaan patutlah menghadkan lesen-lesen pembukaan disko dan pusat hiburan serta memantau operasi sebegini secara berterusan agar kemaksiatannya boleh dicegah. Bajet untuk sektor hiburan hendaklah dikurangkan agar dapat digunakan pada saluran yang lebih memerlukan. Realiti-realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru hiburan perlulah dikurangkan sebaliknya diganti dengan realiti TV yang mencari bakat-bakat baru dalam bidang yang dapat memberi kebaikan kepada manusia, negara dan Islam itu sendiri seperti bakat dalam mencipta sesuatu yang baru.

vi) Sistem pendidikan yang berkesan

Bagi saya, inilah sumber tunjang dalam merubah sesuatu. Sistem pendidikan yang berkesan bagaikan jantung kepada tubuh badan kita. Jika jantung itu berfungsi dengan baik dan tiada cacat celanya, bekalan darah dapat dihantar ke setiap anggota badan yang lain. Bekalan oksigen dalam darah, dapat dipam dan dihantar dengan tertib kepada otak kita. Jika pendidikan dijalankan dengan betul dan mengikut syariat pada landasannya, nescaya insyAllah, semua masalah yang ada sekarang, pasti dapat dihindari dan ditangani. Lagipun, jika kita hendak membentuk sesuatu ketamadunan seseorang, mestilah bermula ketika mereka masih kecil lagi. "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" InsyAllah, jika kita semua memperbetulkan seni hiburan ini, nescaya tidak mustahil jika suatu hari nanti, seni hiburan dapat merubah wajahnya dari melalaikan dan membinasakan kepada suatu kebudayaan yang menjadi jati diri kita disamping menjadikan kita semakin mengingati Allah dan RasulNya.



Layakkah Kita Bergelar Saudara?

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!”
Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”


“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”


Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”


“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.

SUMBER: http://masturamohdyusuf.blogspot.com/2009/06/layakkah-kita-bergelar-saudara.html


Jauhilah Zina


EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA


EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.


Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.


Wallahua'lam.

Kaedah menhafaz Al Quran

Melancarkan sebutan ayat-ayat al-qur’an yang ingin dihafal.
Pastikan tiada kesalahan pada baris, makhraj huruf dan menepati sifat yang wajib bagi tiap-tiap huruf agar tidak bercampur di antara satu huruf dengan huruf yang lain.
Setelah membaca dengan lancar dan tanpa terdapat sebarang kesalahan mulalah menghafal dengan kaedah di bawah:
a. Beristighfar kali.

b. Berselawat kepada Nabi SAW. 7 kali.

c. Baca ayat berikut , 7 kali:

“inna nahnu naz’zalna’ zikqra wain’na lahu laha’fizun”

d. Baca surah al-fatihah 1 kali.

e. Baca do’a pembukaan menghafal al-qur’an ‘ Hafazan

4. Mulalah menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk dengan mengambil tiga ayat atau lima ayat untuk dihafal.

5. Jangan terlalu gopoh dengan tujuan untuk cepat ingat.

6. Hafalkan dalam kadar satu maqraq(*) atau dua halaman dalam satu masa.

contoh:

Ayat pertama Ulang sebanyak

30x

Ayat kedua Ulang sebanyak

30x

ayat satu dan dua diulang bersama sebanyak

10x

ayat ke tiga buat ulang seperti ayat satu dan dua

30x

diulang ayat satu dan dua dan ditambah dengan ayat tiga sebanyak.

10x

nota : begitulah seterusnya sehinggalah bertemu ayat yang kesepuluh. dan apabila berjumpa ayat yang seterusya yakni ayat sebelas maka disusun semula daripada sebelas dan seterusnya.. pastikan jika ayat melebihi daripada sepuluh maka haruslah diulang seperti contoh diberikan ini. jika satu2 surah itu melebihi daripada 10 ayat keatas maka anda digalakan meletakan target setiap kali mengulang dan menhafaz haya sepuluh ayat sahaja. dan anda mebuat kiraan semula selepas masuk ayat 11. contoh : 1-10 / 11/20 ayat. begitulah seterusnya.

ayat 1 hingga 10 - 11 hingga 20 - 21 hingga 30 dan begitulah seterusnya.

7. Apabila selesai menghafal bacalah do’a penutup :

Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Menghafaz Dan Menjaga Hafazan Al-Quran

1. Ulangi bacaan hafalan disetiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.

Menghafallah ditempat yang sunyi, tenang dan jauh dari maksiat.
Cuba bawa ayat hafalan dalam solat dan sentiasa solat malam.
Gunakan hanya sebuah al-qur’an sahaja yang menepati mashaf Uthmani.
Mengutamakan solat di awal waktu dan berjamaah di masjid.
Sentiasa berwudhu’ dan takut kepada Allah.
Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan do’a dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-qur’an.
Kurangkan ketawa dan banyak mengangis.
Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Kurangkan makan, tidur dan berbual kosong dan elakkan dari memakan yang syubhat.
Banyakkanlah berpuasa sunat dan segala amalan sunat yang lain.
Sentiasa menjaga mata semata-mata kerana Allah dan tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk kepentingan peribadi dan segala sesuatu yang sementara.
Untuk menajaga hafalan.
a. Sentiasa takut kepada Allah

b. Sentiasa berwudhu’

c. Sentiasa solat malam

d. Sentiasa bersugi

e. Sentiasa bersuci bila berhadas.

f. Melakukan solat sunat Hifzi pada sepertiga malam.

cara solatnya:

i) Rakaat pertama _ YASSIN

ii) Rakaat kedua _ AL -DUQHAN

iii) Rakaat ketiga _ AS-SAJADAH

iv) Rakaat keempat _ AL-MULK

v) Baca do’a setelah selesai solat.

Warllahuaqlam…

Ustaz Izan Bin Abdullah Halim Al-Hafiz

PENGASAS AKADEMI TAHFIZ AL HIRA

Selamat Datang!

Assalamuailaikum kepada semua yang sudi melawat blog saya ini. Alhamdullilah bersyukur saya kepada Allah keran diberi kesempatan menulis blog ini.

Fatwa Halal

Untuk mengetahui laman ini sila klik disini

SMS HALAL Malaysia

Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal MALAYSIA.Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal. Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada HDC berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal Malaysia.Bagaimana menghantar SMS Halal Malaysia?Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]hantar ke 32728 DAPATDalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada HDC mengenai status semakan anda.Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil SahSekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat TempohSekiranya maklumat tersebut tiada di HDC, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

Lebih lanjut sila klik Disini: www.halal.gov.com

Download Temlate Islam

Lamannya

Klik Disini:http://blogger-skin-resources.blogspot.com/search/label/Classic%20Skin

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:
Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.
Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang. Maha Suci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2.
Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negara ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:
- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ? - apakah sebab dan faktornya ? - dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ? PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN
Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegara Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.
Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.

REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM

Saudara-saudara yang mulia!!!
Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam untuk mengunjungi negara yang aman makmur ini. Mereka datang kerana menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.
Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.
Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang mulia ini.
Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

PENGENALAN ABUL A’LA AL-MAUDUDI
Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) pada 25 September 1903M. Pada mulanya ia bertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif. Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telah pun menjadi ketua akhbar harian “Taj“ dan kemudian menjadi ketua 'Al-Jami'ah', salah satu akhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India. Pada ketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dan kemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yang terkenal 'Al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian dan rujukan dalam bidang ini.
Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama “Tarjuman Al-Quran”. Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintahpemerintah Taghut - di Benua Kecil India - Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.
Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islam yang bernama 'Al-Jamaat Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yang sangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada akidah Islam. Pada tahun 1948M (ketika Pakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelah dikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yang memberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undangundang Islam sebagai dasar pemerintahan negara. Antara isinya kandungannya tertulis :
'Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-cita supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat…….'
Setelah 20 tahun lamanya didalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan.
Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandang bahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluang supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah.
Beliau dengan tegasnya berkata :
“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.
Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliau telah dibebaskan atas keputusan Makamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiat dalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahan taghut.
Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepada dunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskan tentang Islam dari berbagai aspek.
Buku yang berada pada tangan saudara ini ialah hasil dari ceramah beliau yang disampaikan di Makkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962) yang kemudiannya dibukukan dalam bahasa
” - Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini. ... ...... ..... ......Arab dengantajuknya“
Abul A’la Al-Maududi 2

Ilmu Memelihara Agama

DI Britain, 25 Disember adalah hari Krismas sementara 26 Disember juga hari cuti yang mana kebanyakan pasar raya-pasar raya membuat jualan murah yang dianggap luar biasa. Seperti mana manusia sedunia tahu, apabila Krismas menjelang, wajah Santa Claus yang berbaju merah dan berambut putih panjang muncul di mana- mana.

Filem dan berbagai rancangan media akan mempromosikan Santa Claus dan kehadirannya pada hari Krismas. Walaupun sebahagian rancangan TV di sini mempersendakan Santa Claus. Bahkan mereka juga sering mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak Tuhan dengan berbagai lawak jenaka yang amat tidak wajar untuk dikenakan kepada tokoh biasa, apatah lagi yang insan yang mereka anggap tuhan.

Namun, bagitulah jadinya nilai agama pada mereka. Santa Claus sebenarnya satu watak yang tidak pernah wujud dalam nas-nas agama Kristian sama ada yang telah diubah, apatah lagi yang asal. Bible sama sekali tidak pernah menyebut tentang kemunculan ‘watak Santa Claus’.

Ia hakikatnya adalah benar-benar khurafat dan bidaah yang telah palitkan kepada agama mereka sehingga ia akhirnya muncul menjadi perlambangan agama yang diterima umum dan sukar untuk dikikis lagi. Ia lebih teruk dari kepercayaan sesetengah masyarakat kita yang menyalakan lampu pada malam tujuh likur atau kepercayaan bahawa pada bulan Muharam digalakkan membuat bubur bagi mencontohi Nabi Noh a.s. Cerita Santa Claus lebih menonjol daripada faktor sebenar orang-orang Kristian menyambut Krismas.

Maka tidak hairanlah pada kita mengapakah Nabi SAW sering mengingatkan agar jangan mengada-adakan perkara yang baru atau bidaah yang dipalitkan menjadi agama. Tempelan baru yang dibuat atas nama agama jika dibiarkan akan menjadi kepercayaan yang akan mengambil tempat agama yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat (Riwayat Muslim).

Al-Imam al-Syatibi (meninggal 911H) ketika mentakrifkan maksud bidaah menyebut: Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. (al-Syatibi, al-I’tisam, m.s 27, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Ertinya manusia boleh berinovasi dalam berbagai perkara, tetapi cara cuba mengadakan kepercayaan atau upacara agama yang tidak bersumberkan wahyu sehingga itu dianggap agama. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah.

Penyelewengan

Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar adalah dalam urusan dunia.

Ia sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru.

Slogan mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan, membuat bidaah dalam berbagai bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah” (al- Qaradawi, Al-‘Ibadah fi al-Islam, m.s 170, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Istimewanya Islam dibandingkan ajaran lain, dalam Islam kita masih mempunyai sumber rujukan tertinggi iaitu al-Quran dan al-Sunnah untuk mengukur sejauh manakah pendapat golongan agamawan ataupun tokoh itu kukuh ataupun lemah.

Kita disuruh menghormati tokoh ilmuan, apatah lagi ilmuan Islam atau yang kita bahasakan sebagai ulama. Namun penghormatan kita kepada mereka tidaklah sama sekali bererti kita tidak boleh memberikan pandangan yang berbeza atas asas-asas ilmu atau penghujahan yang berteraskan fakta dan angka.

Umpamanya, ketokohan al-Imam al-Ghazali dihormati, namun kritikan tetap diberikan oleh para ulama terhadapnya. Kritikan bukanlah menunjukkan jasanya dilupakan. Antaranya, al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) yang menyebut: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”. Lalu al-Imam al-Zahabi memberikan kritikan ilmiah terhadap Kitab Ihya Ulumuddin karangan al-Imam al-Ghazali, katanya: “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?

Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala 19/339, Beirut: Muassasah al-Risalah, Beirut) Begitu juga ilmuan tafsir yang terkenal al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) memberikan kritikan ilmiah terhadap karangan al-Imam al-Ghazali dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Baitul Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar, dan palsu”. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

Demikian ramai ilmuan lain dalam sejarah islam ini menerima berbagai kritikan dan perkara itu bukanlah ganjil. Saya sebutkan contoh ini bagi menggambarkan bahawa tidak pernah kemaksuman itu diberikan dalam Islam kepada sesiapa pun selain Allah dan rasul-Nya. Inilah jalan untuk menjamin agar ilmu sentiasa mengatasi tokoh atau institusi.

Dengan itu agama yang tulen akan terpelihara. Namun, dalam mengkritik dijaga adab dan bersikap adil. Bukanlah seperti sesetengah laman web kelompok agama atau politik agama yang mengharamkan orang lain mengkritik pimpinan mereka dan menjadikan maki-hamun itu halal bagi mereka dalam menghadapi golongan yang mereka tidak setujui.

DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah

bekas mufti perlis dan sekarang pensyarah

pengajian islam, universiti sains Malaysia (usm) yang sedang sabatikal di Britain.

laman web: drmaza.com
E-mel: moasriza@yahoo.com.